Thursday, June 21, 2012

Our Wedding Day


Akhirnye kami selamat menamatkan zaman bujang kuikuikui
setelah 9thn perkenalan...akhirnyaa...huaaaahhhh adalah mcm 1 kepuasandan nikmat yg x terhingga....syukur ke hadrat Allah SWT utk cinta ini...




masa nikah kami guna khidmat Tya'a Touch utk make-up...
kak tya mmg best..sporting gila....leh g blog dia kat sini

Baju lak tempah sendiri je...beli kain kat jakel then
hantar tempah kat cina taylor...
Termasuklah tudng nikah...pun tempah jugak!!!
walaupun agak mahal..tp rs puas sbb dah tentu baju tu kita punyakan^_^





masa sanding belah perempuan lak make-up kami guna khidmat 
kak saidatulnisa...mmg meletups gila make-up dia..
rs xrugi bayar kak sai ahhaaha...
sporting gila n mmg happy go lucky...


ni ler pelamin belah perempuan simple n nice by Rien Zaid
ni pacebook dia




Baju kami adalah dari Awa idros Couture kekekeke
tudung terbako..hati terbako..sabooo ye awaa


haaaa tq sgt to kak Anna n abg ayem...PA system yg sgt mantoppp..
i love it...mmg puashati dgn harga yg diberikan RM500 tp sgt puashati.Ramai yg puji..
kak Anna mmg sporting abis...siap ada poco2 tau....ehhehee sesiapa berminat
utk dptkan PA system kak Anna leh hubungi kak Anna ni fb dia


bertandang





sanding dibelah pompuan...nasib kaki katup





Wednesday, May 25, 2011

AKU TIDAK SOLAT...ADAKAH ITU ISTIDRAJ?

Tengah aku membelek bukak fb aku harini..tetibe terbaca artikel ni,jum kita baca sama2 mudah2an kita pun dapat manfaat sama:


AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ???


by Nur Arina Amin on Sunday, May 8, 2011 at 9:47pm


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

thx anis for sharing. (^_^)



Wednesday, April 6, 2011

Almari Ajaib




Alahaiiii bile la aku dapat satu hari yg free n leh adap
almari ajaib aku nih..korang rajin tak kemas almari?
mesti rajin kan...almari korang ade x macamni?
*
*
*
*

ambik kau..adehhh pakai sodok je nih...kadang2 sampai
terkeluar almari...

dah tak muat masuk almari..huahuahua

bahagian atas almari..
tah hape pesen aku susun nih..memang
tak nyempat nyee sejak ada FAFAFO ni

selambak tudung dah tak tau nak sangkut mano...
pakainya tah bila la pulok..beli tak hengat

taraaa.....kita lahit hasilnya.
ni aku beli kat gm klang rm2 je 10pcs
kedai plastic



haaa kan da kemas tu tergantung hehehe


Amboi rajinnya anak sapa la ni..amboi..
better la kan then before.
tak pernah lipat mcmni..dulu sangat rajin lipat ala2 kat
supermarket tu.skang baju da melambak,almari kecik...
tak de maknenye nak ala2 supermarket...


bilik almari idamanku
pix by en google

korang ado????

Tuesday, April 5, 2011

SIMPLIsiti & ME




Wowweeee...siti situ sana sini...
(sambil buat gaya en.fayol joget dlm kete)
i loikeeee siti...siti sarah?siti musliha?oh no no no no
its about SITI nurhaliza cicicicici(tiru gaya liyana)


pix by en google

comelnye..saya adalah peminat no 1 kak siti tau..lagu ape je
yg saya tak tau?semua lagu saya tau..siti nyanyi lagu cina
saya pun ikut hafal lagu cina,siti nyanyi lagu hindustan saya pun ikut hafal
(walaupun anti hindustan...euwww)

ok olehkerana da start nak merapu..kita pendekkan cerita..




saya sangat teruja bila en. fayol sudi membelikan saya set make up simplysiti,,
(sambil tersipu2 malu)
sapa yang kenal saya tahu yang saya sangat tak bape nak gemo
mengenakan make up.oleh kerana siti keluarkan
produk make up simplysiti dia..
jadi saya terasa gatal nak kenakan make up lak..
walaupun saya tau
muka saya akan jadi macam opera cina kalau pakai make up...
hehehehehe tq en.fayol..awak memang handsome lah..
baik...penyayang...jujur..yang baik sme awaklah..
(time nak bodek mintak barang je puji)
Jom kita tengok koleksi apa je yang saya dah ada..
(muka berlagak n ensen)
jeng jeng jeng

*
*
*
*
*
*


mascara ke asmara???
memang bst pakai dia..betul2 melekat kat mata.
betulla pakai kat mata kan??
erkkk...
RM39

eyebrow n eyeliner pencil...
sgtttttt sukeeee...
RM18 each

ok ni simply lips n gloss
suka sangat color2 macamni..nampak
natural je
yg ni code dia soft passion
RM40 lebih macamtu

ni eyeshadow dia..color code dia
peach sorbet
RM...xingat bape rm..pakai capai je

yeahhhhh hehehehe
sukeeeee make up siti


tapi...tapi..tapi..kannnn
di hari yang sama juge...saya dapat
satu lipstick dari en.fayol..hikhik
>_______<

alaaa malulaaa...korang nak tengok tak???
maluuuuu hiik hikkk
>____________<














taraaaaaa...............


heeeee ngehngehhh
mestila best kan???harga dia pun uhuk2..alahaiiii
dapat bayar duit api air..
tak pela nak merasa kan pakai barang mahal hehehe
RM65

so skang dah ketagih make up...
apakah sasaran saya seterusnyaaa????

Dior Addict Lipgloss & Lipstick


Shu Uemura


kryolan


wallaaaaa.......

p/s:en. fayol ...sila sedia budget untuk wislist saya bulan depan ok!!!!tq



Friday, March 25, 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu

...saya sangat terpegun baca satu link yg saya ambil dari kawan saya ni.kadang2 kita sendiri pun solat tak sempurna macamna kita nak harapkan anak2 kita rajin solat 5 waktu...cara wardina didik anaknya saya amat2 kagumi and hope boleh dijadikan contoh untuk kita semua...jum kita sama2 baca link ni....)

Semoga semua mendapat manfaat..



bERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7thbirthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapidari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solatsince. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key isSOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is veryimportant to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrongsignal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Monday, March 21, 2011

Batak Tengok Sawah



Lamanya tak tulis kat blog ni...bukan bersawang lagi,dah bersemak samun dah.Sejak uruskan FAFAFO.cnd ni memang xnyempat la nak ber entry2 ni...tetibe rasa rindu plak huhuhu. Apepun jum layan tengok gambar orang batak kat bawah ni...lagi2 baju kebaya merah tu..

Hahahaha seumur hidup aku tak pernah masuk sawah..ni la kali pertama.Ya Allahhh...cantiknya ciptaanMu.Tenang sangat aku rasa....




Thanx to pengantin coz photoshoot kat sini...kitorang leh tumpang sekaki hikhik



my hero yang lagi macho dan segak

Sunday, October 3, 2010

Sunday, September 26, 2010

KFC Mood



Tetibe je tekak aku nak makan KFC lak.tak de maknanye tetibe,memang saya adalah HANTU AYAM..hehehe yeahhhhh dapat makan yayam dgn my FAHROOL.kesiannnn diaaaa terpaksa ikutkan tekak gatal saya ni makan yayam....


my fahrool tengah fikir nak makan ape
sambil tayang rambut baru dia hehehe




Menu WAJIB!
Cheesy Wedges

My Faveret thigh yayam

see the melting whipped potato...yummmyyy!!!

new KFC counter!


New Counter in KFC!!!
pixs by Tan Sri Google



Secebis Aidilfitri


My Dad n Mum


Juadah saudara mara


ikan siakap sweet n sour


tauhu Jepun


syahmi adam tak tau pose pesen ape


Nape sme xpandang camera aku???


Kaka Ya n Family
dari kiri:syahmi adam,shahrul nuzul,nuraliya n zariff adam



Nenekku tercinta
Rahimah Abd rashid


Ketupat yg berjaya ku anyam bersame mak n bapak


Tuesday, August 24, 2010

Cikgu Seni

1. sapela punya artwork xabeh ni..ni yg cikgu nak marah ni...

2. haaaa tau takutttt....

3. kaler jgn xkaler (muke berlagak)

4. tah hapela yg ko buat dik oii...

5.nak siap ke ni???

6.tu diaaa budaknyeee...apela yg ko buat alisya oiii..

7.ok cikgu bagi B+

8.kesiannn kaler pun terhad hahaha

9. ok next.....

10....erkkk kreatif2 bgus2

11....ok gak

12. tu dia hasilnya...bagusss ikut arahan..

13. tu dia murid seterusnya.muka diblurkan sbb dia nak low profile


14. ok next artwork ye adik2

15.ok nampaknya da maju skit

16. bagusss


17.agak buruks ye tp hasilnya....
.
.
.
taraaaa
.
.
.
.
.
18.hehehe colourful wonderful...

19.i like colorful...tq adik2.jumpe cikgu farha lagi diwaktu
dan hari yg sama dlm rancangannnn...
serangggg seni(tiru art attack)