Thursday, April 22, 2010




Jum kita tengok tips sihat kita untuk kali ini...
ramai yang nak rambut cantik tapi kadang2
tak tau macamana nak jaga....kat bawah ni ada 2 cara..
iaitu cara moden & semulajadi...tips ni saya dapat dari
Majalah Rapi...so sesiapa yang malas nak
selak2 majalah or malas nak beli...hehe....leh la tengok2 kat
bawah ni...





::Tips Penjagaan Rambut Cara Moden & Semulajadi::


Cara Moden :


1 Rambut Berwarna
Pilih syampu rambut yang dihasilkan khusus untuk rambut berwarna bagi mengelakkan warna
rambut jadi pudar.

Rambut warna lebih mudah kering, jadi korang perlu guna perapi rambut sekerap yang boleh
untuk kekalkan kelembapan rambut....


2 Rambut rosak

Faktor rambut jadi rosak :

- penggunaan blow drying & curler
- terdedah pada sinar UV dari matahari & bahan kimia (pewarna rambut,kerinting rambut,
klorin dalam kolam renang.

- Diet yang tak betul

Korang kena tahu rambut bermasalah apabila rambut korang menunjukkan tanda2 rosak....

contoh : hujung rambut terbelah, kering kusam, mudah patah, susah nak urus.

so..korang kena potong bahagian rambut yang rosak..nak simpan bagi panjang pun tak guna
ok kalau rambut dah rosak...hahaha


3 Rambut kerinting


Rambut kerinting lebih mudah kering, rapuh & menggerbang macam pontianak..hahaha

Bagi korang yang rambut kerinting, korang disarankan melakukan rawatan melembap rambut
menggunakan perapi khas....

Leave-in-conditioner boleh digunakan sebagai rawatan sampingan.

ni contoh leave-in-conditioner



Cara Semulajadi :

1 Rambut kering

- lumatkan avocado dan lumurkan pada rambut yang bersih (maknanya korang kena
cuci dulu rambut korang k...jangan rambut busuk2 minyak pergi lumur..huhu)

- sambil2 tu urut2 sikit kepala 15-20 minit sebelum dibilas


Avocado



2 Rambut berminyak

- Campurkan lidah buaya dan jus lemon pada syampu, syampu macam biasa.

- Lemon berfungsi menghilangkan kelemumur.

- Rajin2kan lah diri korang gosok lidah buaya kat kulit kepala. biarkan kering baru dibilas.



Lidah Buaya


Lemon

3 Rambut Nipis

- pukul 2biji telur lepas tu sapu pada rambut dengan cara mengurut.
Ianya berfungsi untuk meluruskan rambut & mengurangkan rambut bercabang.

- Santan juga boleh digunakan bagi membantu pertumbuhan rambut. Sapukan pada
rambut korang lepas tu urut sampai rambut terasa licin.


4 Berkelemumur

- limau nipis banyak kegunaannya contohnya dikalangan bomoh2...hahaha betul apa..
lepas tu letak kat asap nanti rambut cantik...hehehe dah start merepek dah...ok2 abaikan

- Limau nipis diperah...dan sapukan pada kulit kepala...urut2 sikit...biarkan beberapa minit..
Buatla sekerap mungkin sampai kelemumur korang hilang...sekurang2nya 3kali
seminggu.......


******************************************



No comments:

Post a Comment