Sunday, April 18, 2010



::Udang Masak lemaK::



Bahan :

Udang
Santan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
9 biji cilipadi
cili boh 1 sudu kecil
Daun kunyit
1 batang serai
garam
air

cara2:

1. blend kan bawang merah,putih, cilipadi,kunyit hidup
2. masukkan dalam periuk
3. masukkan cili boh dan daun kunyit serta serai, masukkan santan
4. masakkan atas dapur, tunggu sampai mendidih lepastu masukkan udang
5. tambahkan air dalam masakan (1 mangkuk ikut kuantiti udang)
6. perasakan dengan garam




::Udang Goreng Tepung::





Bahan-bahan:
500 gm udang
350 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
2 biji putih telur – pukul hingga putih
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Bersihkan udang, kopek kulit tapi tinggalkan bagahian ekor. Toskan.

2. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung ke dalam mangkuk. Gaul rata.

3. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk tepung, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk diadikan adunan tepung yang pekat.

4. Masukkan garam diikuti putih telur. Kacau perlahan-lahan.

5. Panaskan minyak. Celup udang pada adunan tepung dan goreng hingga keemasan.

6. Angkat dan hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan sos cili jika suka.



No comments:

Post a Comment